Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si
Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si
Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.
Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah
nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si
Dia kamu.
Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik
anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan
berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada
pertemuan.
Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang
melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat
mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh
dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja
gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.
Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak
banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda
akan dapat menghilangkan tekanan anda.
Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu
bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .
Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau
masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain…
Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk
teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.
Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah
tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang
terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia.
Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina
pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti
rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu.
Berdoa & Bertawakal
Ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa
lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam
kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.
0 comments:
Post a Comment