Sunday, September 23, 2012

Al-Quran akan hilang dan ilmu akan diangkat

Daripada Huzaifah bin al-Yaman RA berkata :Rasulullah bersabda, "Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai satu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada satu malam sahaja, maka ( pada esok harinya) tidak tinggal di permukaan bumi daripadanya walaupun hanya satu ayat. Maka, yang tinggal hanya beberapa kelompok manusia,diantaranya orang tua,lelaki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, 'Kami hanya sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimah "la iliha illallah", lalu kami pun mengatakannya juga. Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah) 'Apa yang dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk dan sedekah?' Maka Huzaifah memalingkan mukanya daripada Shilah. Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu 3 kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka." (Huzaifah memperkatakan perkataan itu 3 kali)

0 comments: