Kepada pembaca Tentang Cinta yang lelaki, pernahkah anda mengalami situasi-situasi seperti ini?
Situasi 1
Pernah tak dalam satu situasi ketika anda keluar dating dengan
pasangan, anda tidak tahu hendak makan dekat mana? Perut masing-masing
dah lapar. Bila anda tanya pasangan nak makan dekat mana, si dia tanya
anda balik nak makan dekat mana. Anda blur, dia blur, perut pun lagi la
blur.
Situasi 2
Situasi yang lain pula, pernah tak ketika anda berada di dalam kereta
untuk keluar dating, anda tidak tahu hendak pergi ke mana? Anda tanya
pasangan anda, si dia pun tak tahu nak pergi mana.
Situasi 3
Pernah tak ketika anda keluar dating untuk menonton wayang, anda
tanya pasangan anda cerita apa yang si dia nak tengok? Anda jarang
follow perkembangan cerita-cerita terbaru ni. So anda pun tanya pasangan
anda. Tetapi yang menjadi masalahnya, si dia pun tak tahu nak tengok
cerita apa, padahal dia yang ajak tengok wayang!
Saya percaya anda pasti pernah melalui situasi-situasi seperti di
atas. Tidak tahu siapakah yang patut membuat keputusan apabila keluar
dating. Siapa yang patut decide nak makan dekat mana, siapa yang patut
decide pergi mana, dan sebagainya.
So jawapannya siapa? Anda atau pasangan anda?
Jawapannya adalah…
Bagi pendapat saya, yang patut membuat keputusan dalam situasi sebegini adalah ANDA (lelaki). Yup, lelaki yang patut membuat keputusan.Tetapi…apabila anda membuat keputusan, anda perlu siap sediakan diri anda untuk perkara-perkara berikut:
- Pastikan keputusan yang dibuat tidak mendesak/memaksa pasangan anda.
- Anda boleh bertolak ansur sekiranya pasangan anda tidak mahu keputusan yang dibuat.
- Jangan emo atau marah apabila keputusan yang dibuat tidak diterima.
- Bersabar, kerana sikap perempuan memang begitu. Suruh buat keputusan taknak, tapi bila kita dah buat, mereka reject… =_=’
Tetapi jika keputusan yang dibuat tadi ditolak, cuba cari alternatif lain. Mungkin anda boleh cadangkan tempat makan yang lain, tempat dating yang lain, atau movie cerita yang lain.
Kepada perempuan pula, jangan pulak anda saja membuli kekasih anda ye. Kesian dia… Dah la penat fikir, then anda senang-senang pulak reject keputusan yang dibuat.
0 comments:
Post a Comment