Semasa saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja,
tiba-tiba terlintas dalam fikiran saya samada perlu ke kita tahu siapa
ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita. Hurm…memang best kalau
kita dapat tahu. Tetapi adakah kita pasti yang tindakan kita tu betul.
Bagi pendapat saya, tidak perlulah kita tahu siapa bekas kekasih
pasangan kita tu. Kalau tahu pun, akan buat kita berasa marah dan tak
suka. Menyampah lagi ada la. Mana tak nya, buat-buatnya kita ternampak
yang ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita tu sedang syok
berbalas-balas komen di Facebook mahupun Friendster, tak ke terasa
hangat dalam hati ni. Haish!
Tetapi, kalau kita tahu siapa dia, mesti kita akan selidik
sedalam-dalamnya pasal orang tu. Asal dia di mana, tempat tinggal dia,
siapa kawan-kawan dia dan sebagainya. Kalau boleh, sampai hobi dan
masakan kegemaran dia pun kita nak tahu. Kata orang, bolehlah kita lihat
apa kekurangan kita dengan dia. Mana yang baik tu, kita ikut la. Yang
mana tak elok tu, kita perbaiki diri lagi. Bagus juga tu.
Memang ada kebaikan dan kekurangannya kalau kita lihat perkara ini
dari pelbagai perspektif yang berbeza. Tetapi terpulang kepada kita
untuk memilihnya. Bagi saya, memang tak perlulah. Tak tahulah anda semua
macam mana. Mungkin anda boleh kongsi-kongsikan cerita kalau ada.
0 comments:
Post a Comment