Setiap wanita inginkan lelaki yang terbaik untuk dijadikan sebagai
pasangan hidup. Namun begitu, apakah petua yang dapat wanita gunakan
dalam mencari seorang lelaki yang baik ini? Berikut merupakan petua yang
dikongsikan oleh Dieda di Forum Tentang Cinta.
1. Yang berkemampuan.
2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi
wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila
seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya
daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup.
Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
3. Pandai menjaga darjat diri, apabila bercakap dikota dan diamalkan.
Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke
arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.
Begitu juga isteri yang baik. Seringkali la mengajak suami kearah
kebaikan dan sering mengingatkan. Kerana ada ketika suami-suami ini
terlalai.
4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak,
menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat
kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah
sekiranya isteri tiada kemampuan.
5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah
bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka
isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya
suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan
sentiasa menyangka buruk. Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang
syak wasangka yang buruk terhadap suami.
6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki
begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan
serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.
7. Mudah memaafkan.
8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.
Diharapkan dengan petua ini dapatlah anda gunakan dalam mencari
lelaki yang baik untuk dijadikan sebagai pasangan dan yang akan
membimbing anda ke pintu gerbang kebahagiaan yang kekal selamanya.
InsyaAllah
0 comments:
Post a Comment